Kerajaan perlu bertindak pantas menyelesaikan isu perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan perkhidmatan sejak Rabu.<br /><br />Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana perkara yang memberi kesan kepada rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang, tidak boleh dilengah-lengahkan.